BUKIT MERTAJAM: Seorang pemuda berusia 21 tahun yang kritikal akibat kemalangan jalan raya di Krabi, Thailand telah dibawa pulang ke tanah air bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seberang Jaya (HSJ). Mangsa, Muhammad Hazim Rafiq Hussain tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin selepas dipindahkan dari sebuah hospital di Krabi menggunakan ambulans. Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya bertindak pantas sebaik menerima…










