PETALING JAYA: Rakyat di negara ini dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan tidak penting ke Venezuela susulan serangan ketenteraan di republik itu. Wisma Putra berkata, nasihat itu dibuat selepas mengambil kira situasi tahap keselamatan semasa di Venezuela yang sentiasa berubah. “Kementerian juga akan terus membuat pemantauan rapi dan akan menyalurkan maklumat terkini, sekiranya perlu,” katanya dalam kenyataan. Media antarabangsa sebelum ini melaporkan 55 anggota tentera Venezuela dan Cuba maut dalam serbuan mengejut…










