KOTA BHARU: Seorang daripada dua suspek yang meragut seutas rantai leher dan gelang milik seorang wanita warga emas berpura-pura bertanya lokasi kampung lain sebelum merentap barang kemas itu dalam kejadian di Kampung Paloh Rambai, Ketereh di sini semalam. Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Kamariah Zakaria, 72, ketika itu sedang membakar sampah cedera pada bahagian leher, dagu, mata dan belakang bahu akibat dipukul sebelum diseret sejauh 10 meter dengan…










