Punca kebakaran kilang di Olak Lempit masih disiasat

Punca kebakaran kilang di Olak Lempit masih disiasat

SHAZELI Kahar beramah mesra pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di IPD KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran kilang di Olak Lempit yang mengakibatkan tiga maut pada malam Rabu lalu masih berjalan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya juga tidak dapat menentukan apa punca kebakaran itu sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

“Kita tidak dapat tentukan lagi kerana rakan strategik pihak bomba masih lagi menjalankan siasatan forensik kebakaran.

“Jadi kita menunggu hasil daripada pihak forensik kebakaran bomba untuk berkongsi maklumat dan juga hala tuju yang seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di sini, hari ini.

Dua hari lalu, empat kilang termasuk dua daripadanya musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian, Jalan 5 Kampung Olak Lempit, di sini mengakibatkan tiga maut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN