BUTTERWORTH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berjaya menumpaskan tiga kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) dalam tiga serbuan berasingan menerusi Op Tiris 3.0 di sekitar Sungai Bakap dan Jalan Pekan Darat di sini, bermula semalam. Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, ketiga-tiga serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menjalankan intipan selama kira-kira sebulan dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat berkaitan kegiatan berkenaan. Beliau…










