GEORGE TOWN: Kerajaan negeri bersedia mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai larangan penjualan dan penggunaan vape di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa satu memorandum Jemaah Menteri akan dibentangkan bagi tujuan melarang penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape secara menyeluruh. Menurut Daniel, pendirian kerajaan negeri…










