Poster infografik imej pasport, Mykad baharu palsu

Poster infografik imej pasport, Mykad baharu palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Imej reka bentuk pasport dan Mykad baharu dengan menggunakan warna biru gelap yang tular di laman media sosial dilaporkan sebagai palsu dan tidak dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN berkata, imej reka bentuk itu bukanlah imej rasmi dan tidak dikeluarkan oleh KDN.

“Rekaan visual itu tidak sahih dan tidak menggambarkan reka bentuk sebenar pasport atau MyKad baharu seperti yang didakwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengumumkan berkaitan perancangan pelaksanaan pasport dan MyKad baharu pada tahun ini.

“Segala maklumat rasmi berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan pasport dan MyKad ini akan diumumkan oleh KDN melalui saluran komunikasi rasmi KDN dari semasa ke semasa.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan berautoriti bagi memastikan ketepatan serta kesahihan sesuatu maklumat,” katanya.

KDN berkata, info rasmi dan perkembangan terkini berkaitan perkara ini boleh diperoleh melalui saluran media rasmi serta laman sesawang KDN, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN