Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang - Utusan Malaysia

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di kediamannya di Taman Puchong Permai dekat sini, semalam.

Laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan dibuat kira-kira pukul 9.31 malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja terbabit dikenali sebagai Muhammad Hazriq Firdaus Mohammad Ali yang merupakan warga tempatan.

“Remaja berkenaan kali terakhir berada di alamat No. A-8-1-10, Jalan Permai 1/5, Taman Puchong Permai sebelum disedari hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, remaja itu berketinggian 157 sentimeter (cm) dengan berat kira-kira 45 kilogram, berkulit hitam manis, berambut pendek hitam, berhidung mancung, bermata kecil dan berbibir tebal.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan remaja tersebut diminta tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor T. Vanitha di talian 017-222 9832,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN