KUALA NERUS: Harga penginapan inap desa di sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu melonjak mendadak susulan penganjuran acara RXZ 8.0 yang dijadualkan pada 1 dan 2 Ogos ini di Litar Permotoran Stadium Gong Badak, dekat sini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara membuat tempahan awal sejurus selepas tarikh penganjuran acara tersebut diumumkan pada 23 Januari lalu. Permintaan yang tinggi itu menyebabkan kebanyakan inap desa…










