TELUK INTAN: Permintaan terhadap telur itik masin meningkat menjelang bulan Ramadan, menyebabkan seorang pengusaha di Kampung Sungai Suli, Kampung Bahagia di sini, tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan. Pengusaha telur itik masin, Normurni Jamaludin, 48, berkata, permintaan pada Ramadan kali ini melonjak sehingga 7,000 biji seminggu berbanding sekitar 4,000 biji pada bulan-bulan biasa. Menurutnya, peningkatan tersebut didorong permintaan tinggi pelanggan tetap dan peniaga makanan yang menggunakan telur masin sebagai bahan…










