PETALING JAYA: Penyatuan politik antara UMNO dan Pas tidak akan membawa kejayaan, malah berisiko mencetuskan masalah yang lebih besar dalam jangka panjang. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau akan menjadi individu pertama dalam kalangan ahli MKT yang membantah sekiranya cadangan penyatuan UMNO-Pas dibincangkan dalam mesyuarat MKT akan datang. “Penyatuan atas nama politik bukanlah idea yang baik kerana ia bersifat sementara dan berpotensi berakhir…










