KUALA LUMPUR: Usaha penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM) di peringkat Persekutuan bertujuan menyelaras dan memperkasa fungsi jabatan pendakwaan syariah di setiap negeri kini berada di dalam peringkat akhir persediaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, JPSM akan dibentangkan untuk Memorandum Jemaah Menteri (MJM) bagi mendapatkan kelulusan dasar. Kata beliau, selepas itu cadangan untuk menubuhkan jabatan tersebut akan dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal…










