KOTA BHARU: Seorang peniaga ayam proses mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Bachok, dekat sini kira-kira dua minggu lalu. Muhammad Hakim Firdaus Robi, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mengikut pertuduhan, pemuda berkenaan didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun lima bulan ketika kejadian di Kampung Teratai, Beris Panchor…










