KUALA LUMPUR: Usaha memperkukuh peranan Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dipertingkatkan menerusi beberapa ketetapan penting yang dicapai dalam Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung (SPJP) Angkatan Sukarela Siri Ke-19 hari ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali berkata, antara persetujuan utama sidang adalah keperluan untuk melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai Ahli Tetap SPJP bagi memperkukuh pelaksanaan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WoGoS). “Penglibatan…










