KOTA BHARU: Seorang penganggur dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memiliki kerambit di Bachok, dekat sini, Disember lalu. Hakim Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman terhadap Mohd. Nazrulhisam Mohd. Nordin, 44, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki senjata berbahaya itu tanpa kebenaran yang sah. Mengikut pertuduhan, Mohd. Nazrulhisam didakwa memiliki sebilah kerambit sepanjang 12 sentimeter di tepi jalan Kampung…










