SEREMBAN: Lebih 500 orang penduduk di Taman Oakland di sini bimbang dengan kejadian tebing Sungai Kepayang yang runtuh berhampiran kawasan perumahan itu. Pengerusi Persatuan Penduduk taman itu, Mejar (B) Abu Ibon berkata, lebih membimbangkan kawasan tebing sungai runtuh itu berlaku berhampiran jejambat yang menjadi satu-satunya jalan keluar-masuk penduduk taman perumahan berkenaan. Beliau berkata, kejadian tebing sungai runtuh pernah berlaku beberapa kali sejak taman perumahan itu mula diduduki pada 2002. “Taman…










