KEMAMAN: Perjalanan pulang seorang pemuda ke rumahnya dari sebuah kedai makan berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya merempuh seekor tapir di Kilometer 320.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Iffil Nazwa Aziman, 24, yang berasal dari Kampung Pinang Baru, Dungun, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa bahagian badan. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli…










