Pemuda maut motosikal rempuh lembu 

Pemuda maut motosikal rempuh lembu 

KEADAAN motosikal mangsa kemalangan maut akibat merempuh lembu di Felda Jengka 12, Maran, Pahang. - IHSAN IPD MARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu yang berada di tengah jalan di Jalan Felda Jengka 12, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu,Izhar Hariz Izamuddin, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati, nahas berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM VF3i dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Pusat Jengka menghala ke Jengka 12.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, seekor lembu berada di tengah jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggarnya sebelum terjatuh di bahu kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang memakai topi keledar mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya kerana boleh mengundang risiko kemalangan maut, terutama pada waktu malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN