KULAI: Pemilik kenderaan Singapura yang sebelum ini tular menutup sebahagian nombor plat untuk mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di sini, dihadapkan ke mahkamah esok. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 108 (3) (E) Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Pemilik kenderaan merupakan seorang pemegang taraf pemastautin tetap (PR) Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum ini, polis telah memanggil dua individu…










