KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO Tahun 2026 yang sepatutnya diadakan pada tahun ini dijangka berlangsung selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zamid Hamidi berkata, Perlembagaan UMNO telah dipinda iaitu selepas 18 bulan dari tarikh akhir tahun pemilihan atau selepas pilihan raya atau mana-mana yang datang dulu.
“Kita ada tempoh 18 bulan. Perlembagaan telah dipinda iaitu selepas 18 bulan dari tarikh akhir tahun pemilihan atau selepas pilihan raya, mana-mana yang datang dulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di sini, hari ini.
PAU Khas sebelum ini meluluskan secara rasminya usul pindaan Perlembagaan UMNO bagi membolehkan MKT diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.
Sementara itu, Ahmad Zahid memaklumkan tarikh penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa akan diumumkan selepas dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT). – UTUSAN










