KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan mengenai isu pemberian taraf penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan. Baginda bertitah, perkara itu bukan sekadar isu pentadbiran, sebaliknya melibatkan amanah, integriti, keadilan dan maruah sebuah bangsa berdaulat. Titah baginda, pemberian keistimewaan itu tidak boleh dianggap sebagai urusan kecil yang boleh dipandang ringan. “Kewarganegaraan bukan hanya sekeping dokumen dan sekadar pengiktirafan undang-undang, ia adalah ikrar kesetian, sumpah setia kepada raja…










