TANAH MERAH: Menggunakan alasan hanya ‘masuk sekejap’ dikenal pasti menjadi helah utama pemandu van persendirian dari Thailand bagi mengelak keperluan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) semasa membawa masuk pelancong ke negara ini melalui pintu sempadan Kelantan. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, pemandu kenderaan asing terbabit mendakwa pergerakan mereka hanya dalam lingkungan dua kilometer dari pintu sempadan dan kononnya tidak memerlukan ICP. Katanya, siasatan mendapati alasan tersebut…










