KOTA BHARU: Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenal kategori wanita pada pertandingan dikir barat tahun ini sekali gus memecahkan dominasi lelaki yang berlarutan lebih dua dekad. Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, ini kali pertama kategori itu diperkenal walaupun golongan pendikir wanita sudah lama wujud. “Sebenarnya pendikir-pendikir wanita sudah lama ada dalam industri terutama di Kelantan. Cuma mereka tidak menonjol sepertimana pendikir lelaki. Jadi kita ambil inisiatif untuk angkat mereka…










