PETALING JAYA: Pas kesal dengan penularan sepucuk surat daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Presiden parti-parti anggota Perikatan Nasional (PN) bertarikh 27 Januari lalu yang tersebar kepada pihak media. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan persetujuan terhadap semua butiran yang terkandung dalam surat berkenaan khususnya berkaitan cadangan penubuhan Majlis Presiden PN serta pemansuhan jawatan Pengerusi PN. “Sehubungan itu,…










