PARLIMEN: Mohd Radzi cadang kemasukan ke Tahun Satu ikut tarikh lahir

PARLIMEN: Mohd Radzi cadang kemasukan ke Tahun Satu ikut tarikh lahir

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan era Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Mohd. Radzi Md Jidin mencadangkan, kemasukan kanak-kanak ke Tahun Satu berdasarkan tarikh lahir mereka, bukannya melalui ujian diagnostik.

Ahli Parlimen PN Putrajaya itu berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menyemak tarikh lahir kanak-kanak usia enam tahun untuk kemasukan Tahun Satu pada 2027, bagi mengelak diskriminasi.

Beliau berkata, ia merupakan salah satu langkah dari ‘3K’ iaitu kapasiti, kelahiran dan kelonggaran dalam melaksanakan kemasukan Tahun Satu secara berperingkat.

Selain itu katanya, KPM perlu meneliti kapasiti sebenar bilik darjah dan jumlah guru pada awal 2027 seterusnya membuat unjuran kapasiti tambahan yang boleh disediakan bagi tahun-tahun berikutnya.

“Kedua, KPM seharusnya menentukan kemasukan berperingkat berdasarkan tarikh kelahiran anak-anak dan bukannya membuat saringan melalui ujian diagnostik. 

“Katakan pada 2027, KPM mempunyai kapasiti untuk mengambil tambahan 100,000 murid baharu pada usia enam tahun untuk Tahun Satu.

“Maka KPM boleh menetapkan bahawa 100,000 kapasiti itu boleh diberikan kepada siapa, saya cadangkan KPM melihat tarikh lahirnya, mungkin murid yang lahir atau genap usia enam tahun dibenarkan masuk, jadi nanti tidak timbul mengapa murid ini boleh masuk dan mengapa tidak boleh masuk,” katanya pada Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd. Radzi berkata, KPM juga perlu menjelaskan jumlah sekolah yang perlu membuat dua sesi persekolahan, sekiranya tambahan murid Tahun Satu pada usia enam tahun dimasukkan.

“Ini penting kerana sekali kohort murid ini dimasukkan ke dalam sistem, sekiranya dilaksanakan sekolah dua sesi dan sekiranya tiada bangunan atau kelas tambahan di sekolah tersebut.

“Maknanya, KPM akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam tahun untuk melaksanakan sekolah secara dua sesi ini. 

“Jadi, untuk memberi kelegaan kepada ibu bapa memahami konsep ini, adalah amat penting KPM untuk menjelaskan berapa sekolah yang terkesan akibat pelaksanaan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN