KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati sebelum menyatakan sokongan terhadap penubuhan Lembaga Keamanan yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menamatkan perang di Gaza. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil kerana negara masih belum menerima kesahihan maklumat dan senarai penyertaan dalam lembaga terbabit. Katanya, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut diminta mendapatkan…










