KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya masyarakat berhenti menyalahkan individu yang mengalami obesiti kerana isu ini lebih kompleks daripada sekadar pilihan gaya hidup atau kurang bersenam. Pakar Perundingan Endokrinologi dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS), Prof. Dr. Rohana Abdul Ghani berkata, obesiti merupakan gabungan faktor biologi, tingkah laku dan persekitaran, bukan semata-mata akibat kekurangan disiplin atau pilihan gaya hidup yang buruk. “Malangnya, mereka yang obes sering disalahertikan, menyebabkan rasa bersalah dan…










