SEREMBAN: Negeri Sembilan sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pusat bagi jawatan Perdana Menteri. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri sedia membawa usul RUU tersebut ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. “Kerajaan negeri tiada masalah untuk membawa semula RUU itu ke persidangan DUN. “Saya sendiri tiada masalah dalam hal ini,” katanya dalam sidang akhbar…









