MPSepang kenal pasti 14 lokasi tapak buang sampah haram

MPSepang kenal pasti 14 lokasi tapak buang sampah haram

Majlis Perbandaran Sepang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Isu tapak pembuangan sampah haram di daerah Sepang hanya dapat diselesaikan secara menyeluruh melalui tindakan dan penyelarasan di peringkat kerajaan negeri.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Dr. Ani Ahmad berkata, sebanyak 14 lokasi tapak pembuangan sampah haram telah dikenal pasti, namun kebanyakannya melibatkan tanah milik persendirian, tanah pemaju dan tanah kerajaan, sekali gus mengehadkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita telah mengenal pasti lokasi-lokasi tersebut, namun terdapat kekangan dari segi sempadan tanah dan kuasa jabatan tertentu. Jadi, perkara ini perlu diselaras di peringkat kerajaan negeri kerana ia melibatkan pelbagai agensi,” katanya selepas Mesyuarat Penuh Ahli-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) di sini, hari ini.

Menurut beliau, antara kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi pembuangan sampah haram termasuk Pulau Meranti dan Dengkil, kebanyakannya terletak di atas tanah milik persendirian yang gagal dipantau dengan baik.

Katanya, dalam kes melibatkan tanah pemaju, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan meminta pemilik atau pemaju bertanggungjawab membersihkan kawasan terlibat memandangkan ia merupakan kewajipan pemilik tanah.

“Masalah timbul apabila kos pelupusan sampah haram adalah tinggi. Proses pembersihan dan pemulihan tanah memerlukan perbelanjaan besar dan perlu diperincikan sama ada ditanggung kerajaan atau pemilik tanah,” katanya.

Sementara itu, Ani berkata, sebanyak 12 bazar Ramadan akan beroperasi di sekitar Sepang tahun ini dengan penyertaan 611 peniaga melibatkan 657 petak.

Beiau berkata, penganjuran bazar Ramadan 2026 itu dilaksanakan secara tersusun dengan penekanan terhadap aspek kebersihan, keselamatan makanan serta kelancaran operasi perniagaan.

Menurut beliau, antara lokasi bazar Ramadan yang terlibat ialah Cyberjaya, Kip Mall, Taman Mas, Desa Pinggiran Putra, Taman Putra Perdana, Dengkil, Sungai Pelek, Kosmopleks serta Sepang Putra. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN