SEREMBAN: Polis menjumpai sebuah motosikal yang dipercayai digunakan oleh dua suspek kejadian samun sebuah kedai emas di Bandar Baru Nilai di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, motosikal tersebut ditemukan di dalam longkang kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian samun berkenaan pagi tadi. “Bahagian Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah dihubungi dan hadir ke lokasi bagi menjalankan siasatan forensik ke atas motosikal…







