BANGI: Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) ke Gaza dijangka dilancarkan pada pertengahan tahun ini sebagai usaha meningkatkan tekanan antarabangsa bagi menghentikan sekatan dan keganasan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, misi kedua itu digerakkan susulan kegagalan gencatan senjata serta tindakan berterusan menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan, yang memperlihatkan konflik semakin buruk. Beliau…










