PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini menyiasat kandungan dalam talian terbitan China Press yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, semalam. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan itu dijalankan susulan aduan rasmi yang diterima daripada orang awam berkaitan kandungan berkenaan. “Siasatan sedang dijalankan MCMC di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan aduan rasmi yang diterima,” katanya…










