MBS agih tapak bazar Ramadan guna sebut harga - Utusan Malaysia

MBS agih tapak bazar Ramadan guna sebut harga

MASRI BAHARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Agihan tapak bazar Ramadan di bandar ini dilaksanakan menerusi proses sebut harga bagi memastikan urusannya lebih teratur dan telus.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin ber­kata, setiap penganjur juga diwajibkan menyenaraikan kadar sewaan tapak, saiz khemah serta kemudahan yang disediakan dan kebersihan ketika mengemukakan sebut harga.

Katanya, kadar sewaan tapak bazar Ramadan bagi tahun ini mengalami sedikit kenaikan, namun ia masih berada pada paras munasabah dan tidak terlalu membebankan peniaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, MBS tidak mempunyai kawalan terhadap sebarang bayaran tambahan yang dibuat di luar resit rasmi sekiranya ia tidak dilaporkan oleh peniaga. Sekiranya resit yang dikemukakan peniaga adalah selari dengan kadar dalam sebut harga, maka itu adalah kadar sebenar yang diluluskan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, peniaga bazar Ramadan terpaksa menanggung kos tambahan sehingga 30 peratus apabila menggunakan khidmat pihak ketiga bagi mendapatkan tapak niaga, sekali gus menambah kewa­ngan menjelang bulan puasa.

Masri berkata, tindakan hanya boleh diambil sekiranya MBS menerima aduan berserta bukti kukuh, termasuk resit pembayaran yang menunjukkan penganjur mengenakan caj melebihi kadar yang dipersetujui.

“Jika terbukti berlaku kutipan tak munasabah atau pe­nganjur mengambil kesempatan naikkan harga luar kadar ditetapkan, mereka akan disenarai hitam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini