SEREMBAN: Agihan tapak bazar Ramadan di bandar ini dilaksanakan menerusi proses sebut harga bagi memastikan urusannya lebih teratur dan telus. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin berkata, setiap penganjur juga diwajibkan menyenaraikan kadar sewaan tapak, saiz khemah serta kemudahan yang disediakan dan kebersihan ketika mengemukakan sebut harga. Katanya, kadar sewaan tapak bazar Ramadan bagi tahun ini mengalami sedikit kenaikan, namun ia masih berada pada paras munasabah dan…










