Mayat lelaki warga asing dijumpai terapung dalam sungai

Mayat lelaki warga asing dijumpai terapung dalam sungai

DUA anggota bomba cuba mengeluarkan mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang terapung dalam sungai berhampiran Jambatan Jalan Titi Timbul di Nibong Tebal, Pulau Pinang pagi tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dijumpai terapung dalam sungai berhampiran Jambatan Jalan Titi Timbul di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan tersebut kira-kira pukul 9.23 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba di sana, didapati mayat tersebut masih berada di lokasi dan kerja-kerja mengeluarkan mayat itu dilakukan segera sebelum kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan maklumat awal daripada pihak polis, lelaki tersebut dikatakan berkemungkinan terjatuh dari jambatan sebelum ditemukan lemas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN