Mayat lelaki mereput di ladang di Mengkarak

Mayat lelaki reput di ladang di Mengkarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Polis mengesahkan penemuan satu mayat dipercayai lelaki dalam keadaan separa reput di kawasan Ladang Karmen, Mengkarak, dekat sini,  semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee  Nazir berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 10 pagi berhubung penemuan mayat tersebut.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mayat berkenaan berada dalam keadaan separa reput dan tiada sebarang unsur atau petunjuk awal yang menjurus kepada perlakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, punca kematian dan identiti sebenar mangsa masih dalam siasatan yang mana  mayat itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Temerloh bagi tujuan bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan atau kehilangan ahli keluarga agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi SM Abdul Samad  Muda di talian 019-910 1044 atau 09-250 8222, atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN