PETALING JAYA: Seorang lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang pada 5 Januari lalu ditemukan maut di tasik The Mines, Seri Kembangan, semalam. Mayat itu ditemukan seorang pekerja Cruise The Mines yang membuat aduan di Balai Polis Sungai Besi Indah, kira-kira pukul 2.25 petang. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 44 tahun. “Mangsa ditemukan terapung di Tasik The…










