KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang masuk Tahun Satu pada usia enam tahun bagi sesi 2027 akan menamatkan pendidikan peringkat menengah pada usia 16 tahun.
Kementerian Pendidikan dalam dokumen Soalan Lazim (FAQ), menjelaskan kumpulan murid itu tidak akan berada dalam Tahun Satu selama dua tahun, sebaliknya mengikuti struktur sedia ada: enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah.
“Murid akan mengikuti peringkat menengah selama lima tahun dan tamat peringkat menengah atas pada umur 16 tahun (15+),” menurut dokumen yang disediakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM.-UTUSAN










