CEBU: Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap Filipina sebagai Pengerusi ASEAN 2026 dan menzahirkan keyakinan bahawa Manila mampu menerajui blok serantau itu dengan berkesan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, segala pencapaian Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 diyakini dapat diteruskan serta dilaksanakan secara menyeluruh di bawah kepimpinan Filipina. Menurutnya, Filipina yang mengemudi ASEAN tahun ini dengan tema “Mengemudi Masa Depan Kita, Bersama” telah mengenal pasti 88 keberhasilan merangkumi tiga tonggak…










