KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.9 peratus bagi tahun 2025 mengatasi unjuran rasmi sebelum ini iaitu di antara 4 sehingga 4.8 peratus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain angka membanggakan itu, prestasi ringgit turut mengukuh dan terbaik sejak lima tahun lalu iaitu RM4.05. Kata beliau, indeks saham utama Malaysia juga melonjak ke paras 1,700 mata sejak tujuh tahun lalu. Selain itu…










