NIBONG TEBAL : Ibu bapa yang tidak menerima bayaran penuh bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) iaitu sebanyak RM150 diminta agar memaklumkan perkara itu kepada pengetahuan Kementerian Pendidikan (KPM). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memandangkan serius isu itu walaupun peringatan yang sama telah diberikan saban tahun. “Bayaran RM150 ini hanya untuk Bantuan Awal Persekolahan dan ia mesti diserahkan dengan jumlah RM150 itu. “Jadi, kalau ada ibu bapa yang tak terima…










