KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengambil pendekatan berhati-hati bagi prospek automotif tahun ini dengan mengunjurkan Jumlah Volum Industri (TIV) 2026 menyusut sebanyak 3.8 peratus kepada 790,000 unit. Unjuran itu dibuat selepas industri automotif negara melakar sejarah baharu pada 2025 apabila merekodkan TIV tertinggi pernah dicatatkan iaitu sebanyak 820,752 unit. Presiden MAA, Mohd. Shamsor Mohd. Zain berkata, ramalan penurunan bagi 2026 itu mengambil kira pelbagai faktor ekonomi global dan domestik,…










