PETALING JAYA: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengecam penubuhan Lembaga Keamanan yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Mereka menyifatkan ia cubaan mengesahkan rampasan tanah serta pembersihan etnik di Gaza melalui penjenamaan semula projek pembangunan hartanah di wilayah berkenaan. Dalam kenyataan bersama, kumpulan tersebut mendakwa, penubuhan Lembaga Keamanan itu bertujuan mengubah Gaza menjadi destinasi mewah sebagai ‘Gaza Riviera’ demi keuntungan pelabur asing, tanpa menghiraukan hak dan nasib penduduk Palestin.…










