KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki menukar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dan memohon dibicarakan atas pertuduhan menggunakan wang palsu, hujung tahun lalu. Ahmad Faisal Mohd. Sharani, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, Ahmad Faisal didakwa melakukan percubaan menggunakan sebanyak 359 keping wang palsu bernilai RM50 yang mempunyai nombor siri sama di sebuah kedai Emas Lelong Maya, Jalan Hiliran, Chabang…










