TUMPAT: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan milik individu lain bagi tujuan penebusan subsidi petrol menerusi inisiatif penyasaran subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) di sebuah stesen minyak di Pengkalan Kubor, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek berjaya dikesan dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan (OTWK) yang dijalankan sepasukan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA). Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad…










