Lagi bom era Perang Dunia ditemui di Jasin

Lagi bom era Perang Dunia ditemui di Jasin

SEBUTIR bom lama jenis Aerial era Perang Dunia Kedua yang ditemui di kawasan kebun Felda Bukit Senggeh, Nyalas, tengah hari semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Daerah ini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan bom lama era Perang Dunia Kedua (WWII) apabila sebutir bom jenis Aerial ditemui di kawasan kebun Felda Bukit Senggeh, Nyalas, tengah hari semalam.

Penemuan bom lama itu merupakan kes kedua di daerah ini dalam tempoh kurang dua minggu.

Pada 15 Januari lalu, sebutir bom lama era Perang Dunia Kedua seberat 227 kilogram ditemukan di tapak Projek Golden Valley, Kampung Air Panas Bemban pada 14 Januari lalu ketika kerja-kerja pengorekan tanah dijalankan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, pihaknya menerima laporan penemuan objek disyaki bom itu kira-kira pukul 12 tengah daripada seorang pekerja kebun berusia 53 tahun.

“Pengadu memaklumkan objek itu ditemui ketika sedang menjalankan kerja-kerja penanaman semula pokok kelapa sawit sebelum segera membuat laporan bagi memastikan keselamatan semua pihak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, sepasukan anggota Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan dan pemeriksaan lanjut terhadap objek berkenaan.

“Hasil pemeriksaan Unit Persenjataan IPK Melaka bersama IPD Jasin mengesahkan objek tersebut adalah bom tidak meletup (UXO) jenis Aerial Bomb MC 500 lbs dan masih aktif walaupun berada dalam keadaan berkarat.

“Operasi pemusnahan dilakukan secara in-situ menggunakan kaedah low order technique (body) dan high order technique (booster) bagi mengelakkan sebarang risiko serta memastikan keselamatan orang awam,” katanya.

Tambah beliau, operasi pemusnahan bom berkenaan bermula pada pukul 2.45 petang dan berjaya diselesaikan sepenuhnya pada pukul 6 petang semalam tanpa sebarang insiden tidak diingini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN