Kultus Korea Selatan: Saifuddin terima taklimat PDRM minggu ini

Kultus Korea Selatan: Saifuddin terima taklimat PDRM minggu ini

SAIFUDDIN NASSUITON ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menerima taklimat khas mengenai gerakan Kultus Korea Selatan daripada Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu ini.

Mengesahkan perkara itu, Saifuddin berkata, taklimat itu akan diberikan oleh unit E2 (perisikan sosial) pasukan keselamatan negara itu.

Ditanya dakwaan kononnya wujud pembabitan tokoh tempatan termasuk ahli Parlimen dalam gerakan itu, Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya lebih cermat dan lebih hati-hati dalam perkara ini. Saya tak mahu petik sumber yang berbagai. Yang paling berwibawa untuk menyiasat dakwaan ini adalah unit E2. Kerja hakiki mereka (E2) adalah mengesan sebarang bentuk ajaran salah termasuk ajaran sesat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 KDN di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, KDN memaklumkan pihaknya mengesan satu gerakan kultus melibatkan tokoh tempatan dan ia (perkara itu) kini berada dalam radar pasukan keselamatan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN