KPDN siasat kenderaan asing tular isi RON95 di Sungai Petani

KPDN siasat kenderaan asing tular isi RON95 di Sungai Petani

TANGKAP layar pekerja sebuah stesen minyak yang mengisi petrol RON95 ke dalam tangki sebuah kenderaan berpendaftaran asing di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mengesahkan aktiviti pembelian dan pengisian petrol RON95 oleh sebuah kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani, semalam.

Menurut Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, pemeriksaan telah dilakukan oleh KPDN Cawangan Sungai Petani terhadap stesen minyak terbabit susulan penularan satu rakaman video di media sosial.

Beliau berkata, rakaman berkenaan memaparkan seorang pekerja stesen minyak yang sedang mengisi petrol RON95 ke dalam tangki sebuah kereta berpendaftaran asing.

“Pemeriksaan lanjut terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan mendapati video yang tular itu adalah sahih.

“Berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 oleh pekerja stesen minyak itu ke dalam tangki kenderaan terbabit pada pukul 9.07 pagi, semalam,” katanya dalam kenyataan l hari ini.

Muhammad Nizam berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan menyita resit jualan, rakaman CCTV serta dokumen berkaitan.

Beliau berkata, KPDN telah mengeluarkan arahan larangan dan kawalan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan asing pada 29 April 2025 kepada semua pengusaha stesen minyak di seluruh negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN