PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan lima kluster reformasi undang-undang dan institusi untuk dibentangkan di Parlimen tahun ini. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sasaran itu selari dengan pelaksanaan tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Beliau berkata, langkah itu juga penting bagi memperkukuh rangka perundangan negara khususnya dalam melindungi pengguna, memperkasa persaingan pasaran serta membina ekosistem perdagangan yang lebih mampan dan berdaya tahan. “Lima kluster…










