JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor akan menjalankan siasatan berhubung tindakan individu didakwa mengisi petrol RON95 menggunakan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang ditutup sebahagiannya. Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya telah menerima satu laporan dibuat pengadu berhubung kejadian terbabit yang tular di media sosial, hari ini. “Pengadu sudah buat aduan dalam sistem. Pasukan penguatkuasa juga telah digerakkan bagi tujuan pemeriksaan dan…










